tEnAngKaN dIri

Friday, May 15, 2015



"Guru adalah ikutan dalam kebaikan bagi pelajar-pelajarnya, uswah hasanah (contoh teladan) bagi murid-muridnya dan yang sentiasa mencintai dan menjaga mereka." (Dr Aidh Abdullah al-Qarni)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI

16 MEI.. Ya, setiap tahun pasti ku mengingati sesuatu pada tarikh ini. Hari guru.. :) 
Selamat hari guru buat yang bergelar pendidik.. Terima kasih atas ilmu yang telah dicurahkan selama ini. Alhamdulillah, sekarang aku sudah bekerja tetap sebagai Penolong Pegawai Perubatan di salah sebuah klinik di kawasan Sipitang.

1) TADIKA SRK ST JOHN BEAUFORT (1998)
2)SRK ST JOHN BEAUFORT (1999)
3)SK BUKIT PADANG (2000-2002)
4)SK PENGALAT KECIL (2002 -2004)
5)SUIS PENGALAT KECIL (2002-2004)
6)SMKA TUN DATU MUSTAPHA,PAPAR (2005-2009)
7)KEM PLKN TEMASYA RIMB TEMPLER (KUMP 1 SIRI 7 2010)
8)KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU KOTA KINABALU (JULAI 2010-JUN 2013)

Aku memohon maaf buat semua pendidik yang pernah mendidik aku. Aku tahu aku bukan pelajar @ pelatih yang baik. Banyak kesalahan yg aku buat. Aku masih ingat, masa aku masuk dlm KSKBKK, ada dua @ tiga guru di SMKATDM yang tidak bersetuju aku masuk sana dan menginginkan aku terima Tawaran Masuk UIAM, tetapi atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, aku terpaksa masuk KSKBKK. Gara2 keputusan yg aku buat tu, dua tiga guru tu berpaling muka terhadap aku.. Memang aku sedih, tapi memang itulah keputusan yg aku buat. Alhamdulillah, selepas beberapa bulan, aku pergi sana lagi, dan guru2 tersebut menegur dan melayan aku dengan begitu baik.. Sebelum2 ni, dorang masih tak faham mngenai study Tajaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.. Dorang sgka aku terus kerja.. Tetapi ada juga la yg masih em.. Faham2 saja la.. Mybe masih kecewa dgn aku.. Tapi, aku bersyukur sgt2.. Aku tetap percaya, semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. Now, aku seorang yg bkerjaya tetap.. Semua ini atas usaha aku, dgn keberkatan Allah, dan juga bantuan Ibu bapa, keluarga, guru2, lecturer, rakan2 dan juga insan2 tersayang.. 

Monday, May 11, 2015

KEHILANGAN ADALAH UJIAN CINTA ALLAH..

 Karya   




“Kehilangan adalah salah satu jalan kehidupan. Kita takkan merasa kehidupan tanpa merasa kehilangan”
Kehilangan  pernah menimpa Nabi Ayyub A.S. Baginda kehilangan kekayaan, dan orang orang yang disayanginya. Tidak hanya itu sahaja, baginda juga menderita penyakit yang menjangkiti seluruh tubuhnya.
Sehingga baginda berdoa, “Ya Allah, penyakit ini boleh jadi menjangkiti seluruh tubuhku. Tetapi ya Rabb, jangan sehingga penyakit ini juga menjangkiti hati dan mulutku, biarlah aku masih mampu berzikir kepada-Mu.”
Subhanallah…
Begitulah ketabahan Nabi Ayyub. Baginda ikhlas atas kehilangan kesihatan dan penyakit yang dihidapi yang menyebabkan semua orang jijik melihatnya.
Kesabaran dan keikhlasan selalu akan membahagiakan. Pada akhirnya Allah mengembalikan semua kehilangan yang dialami Ayyub.
Maka bersabarlah ketika ujian cinta kepada Allah atas nama kehilangan itu datang. Semakin besar cinta, semakin berat pulalah ujian cinta itu. Dan, setelah ujian itu berakhir, maka akan terbukti seteguh mana iman dan cinta kita.
Ketika semua telah dikembalikan atau digantikan dengan yang lebih baik, Insyaallah semua akan terasa lebih nikmat 

Kehilangan bukan musibah

Kehilangan selalu diwakilkan oleh kata ‘musibah’. Maka dengan berperasangka baik pada Allah, gantilah perkataan itu dengan kata manis seperti  sebutan ‘rahmat’ atau teguran Allah yang unik untuk mengingatkan hambanya atas kesalahan atau maksiat.
Dengan sebuah kehilangan, dan diiringi dengan berperasangka baik pada Allah, kesemua itu akan berubah dengan menjadi sebuah ‘keampunan’.
Kehilangan adalah sebuah proses mendapatkan dan begitu pula sebaliknya. Mendapatkan adalah sebahagian dari kehilangan. Proses ini mengajarkan kita agar tidak tamak pada realiti dan menyedari hakikat diri sebagai manusia yang memiliki titik noktah pada suatu masa nanti
“Aku takjub dengan perihal orang yang beriman.. Semuanya ada kebaikan.. Tidak ada suatu kebaikan pun kecuali ianya untuk orang yang beriman.. Apabila diberikan sesuatu nikmat, dia akan bersyukur.. Maka itu baik baginya.. Apabila diuji dengan suatu ujian, dia akan bersabar.. Maka itu juga baik baginya..” Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Kehilangan adalah sebuah proses yang harus dilalui dalam  kehidupan. Memang, sesungguhnya apa-apa pun yang ada dalam kehidupan kita di dunia ini, tiada yang abadi
Kehilangan adalah sebuah kenikmatan
kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.
Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,
Tetapi inilah saat yang sangat berharga untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.

#SEMOGA KITA TERUS KUAT MENGHADAPI KEHILANGAN#PUTERAMILOY#REDHA

Saturday, May 9, 2015

cukupkah kekuatan diri ?

Sejenak...
Aku merenung masa depan..
Terkadang jauh aku membawa diri menyelusuri jalan-jalan silam
Lama aku bermonolog mencari buah-buah fikiran
Hingga akhirnya aku tersedar.......

SUDAH BEGITU JAUH PENTAS DUNIAWI INI KU RENTASI!!!!!

Ada begitu banyak tawa dan kegembiraan yang telah aku perolehi
Malah tidak kurang juga ada begitu banyak airmata dan duka yang kudapat
Terkadang aku tertawa bahagia dengan anugerah-Mu
Terkadang aku menangis teresak-esak dengan ujian-Mu

Hingga pernah aku begitu lelah dengan langkahku

Ada begitu banyak nikmat-Nya yang aku dapat
Ada begitu banyak rahmat-Nya yang aku dakap
Ada begitu banyak ranjau dan onak yang terhampar untukku
Baik yang terdahulu dan untuk masa hadapanku

Semuanya menjadi satu...

Ingin mengeluh tetapi aku terlalu TAMAK membayangkan nikmat-nikmat-Nya yang ku perolehi
Ingin meminta tetapi merasakan terlalu sedikit aku memberi pada-Nya
Ingin mengadu tetapi merasakan terlalu manja hingga tidak betah diuji untuk kesekian kali
Ingin meratap tetapi merasakan aku yang tidak pernah memiliki apa-apa..lalu kesemua ini milik-Nya

Akhirnya..hanya yang aku punya..sebuah tangisan penuh hiba di pinggiran rahmat-Nya
Sebuah tangisan tanpa bicara..tanpa suara..tanpa rintihan..
Aku hanya mampu menangis..menangis..dan menangis dalam sujudku...
Sujud yang tidak mahu ku angkat wajah ini,,,,
Biar Dia mengerti sendiri dari kedalaman hatiku..
Apa jua rasa dan luahan yang bersarang dalam hati..
Yang tidak boleh aku ungkapkan dengan bicara kata

Hanya satu yang ku pohon........
"Tuhan..........tolong
jangan tinggalkan aku walaupun sesaat dan sekelip mata cuma. Kerana aku tidak mampu walau sesaat, hidup tanpa cinta dan perhatian-Mu. Tidak mampu aku menempuh arus duniawi ini Ya Allah. Tidak mampu daku bertahan dengan fatamorgana duniawi ini Ya Allah. Tidak mampu daku kuat terus Ya Allah.Andai Engkau tiada disisiku."

 Di saat kali aku memerlukan-Mu
Kulihat langit-Mu yang terbentang luas..
Dapat kurasakan selaut cinta-Mu yang meluas untukku
Dan aku pun merasakan kuat kembali dalam langkahku..