tEnAngKaN dIri

Sunday, May 13, 2012

"sEdAnG cOupLe. PeRlUkaH PuTu$?"

"Sedang couple, perlukah putus?"


cerita yang dicopy dari sebuah blog.. hayatinya...:)
----
Lepas solat Jumaat, seorang junior menemui seniornya. 


Junior: Bro, saya nak tanya sesuatu boleh?


Senior: Ya, silakan.


Junior: Seandainya saya ada dosa sebesar dunia, kemudian saya bertaubat. Adakah dosa-dosa tersebut akan diampuni oleh Allah?


Senior: InsyaAllah, segalanya mungkin dengan izin Allah. Taubat ertinya bukan sekadar solat taubat, tetapi meninggalkan perbuatan dosa tersebut tanpa mengulanginya lagi di masa depan. Sungguh-sungguh menginsafi sampai kiamat.


Junior: Baik. Saya sebenarnya ada teman wanita. Couple la dengan kata lain. Jadi, adakah berdosa perbuatan saya tu? Jika berdosa, adakah kami perlu putuskan hubungan kami?


Senior: Berdosa atau tidak sebenarnya orang yang bercinta lebih mengetahui apa yang mereka buat bersama-sama ketika bercinta. Betul tak? Tak perlulah saya yang klasifikasikan dosa itu, dosa ini. Orang yang bercinta ni bukan semuanya jahil. Majoritinya cerdik pandai, tahu agama. Tahu beza halal haram. Tapi, ya lah. Manusia. Berhadapan soal hati, hatta dia seorang ustaz sekalipun, kadang-kadang goyah juga hati dan iman. Saya pun samalah. 


Junior: Em..rata-rata tempat mengatakan couple ini berdosa. Saya pun tahu apa yang saya lakukan selama ini dengan teman wanita saya juga melibatkan perkara dosa. Baru-baru ini saya buka facebook bro, ada nasihat-nasihat mengenai couple. Timbul rasa insaf dalam diri ini. Jika teruskan, hati ini jadi tak tenang juga. Kena clash ke? Sayang juga tu nak tinggalkan. Dia pun bukannya tak baik. Cantik pun cantik. Kalau dalam pandangan saya ni, paling cantik lah.


Senior: Satu, lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. Dua, jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya. 


Junior: Em..kenapa pula kena putus?


Senior: Pada hemat saya, ada beberapa sebab kenapa perlu putus:-


1. Pasangan masih student, baru-baru nak masuk universiti. Langsung tidak bersedia untuk bekerja dan masih kabur cara nak dapatkan kerja. Tak pandai berdikari sendiri lagi. Tapi ini cuma berlaku pada student yang tidak berfikiran matang. Jika dah matang, masalah kerja ini pasti dapat diatasi.


2. Lelaki atau wanita terlibat masalah sosial yang teruk. Clubbing, penzinaan, lumba haram, dadah, pil dan sebagainya yang dikategorikan sebagai sangat teruk. Bukan tak boleh berubah, tapi perlu masa panjang.


3. Ketenangan yang tidak pernah muncul. Bila bersama, hati gembira tetapi di sudut hati yang paling dalam tiada ketenangan. Banyak sangat masalah timbul. Tidak percaya, prasangka berpanjangan dan lain-lain. Bila dinasihat, tidak berubah. 


4. Pasangan tidak ada keinginan untuk bernikah, sekadar nak main-main. Sekadar nak ada teman lepaskan kebosanan dan kesunyian. Buat apa nak kahwin dengan orang yang tak mahu kahwin?


5. Pasangan tidak sudi berubah walaupun diajak untuk berubah.


Junior: Em..


Senior: Fikirlah dalam-dalam. Saya minta diri dulu. ( berlalu pergi sambil menepuk lembut bahu junior seraya membisikkan sesuatu pada junior )


Junior terkesima mendengar bisikan tersebut.
----


Seminggu kemudian, junior dan pasangannya itu pun akad nikah dalam keadaan yang serba sederhana. Sesuai bajet mereka sebagai student. Senior datang ke walimah. Junior cepat-cepat bersalam dengan senior dan memeluknya sambil menitiskan air mata.


Junior: Terima kasih, bro. Kata-kata akhir bro pada saya tempoh hari benar-benar memberi kesan yang mendalam pada hati ni. Terngiang-ngiang lagi di telinga ni:-


"Jika benar sayang Allah, buktikan dengan segera menikahinya. Tak cukup duit tidak mengapa. Allah kan dah beri janjiNya (janji rezeki dari berkatnya pernikahan). Jika benar cinta pada Allah, segala halangan di depan bukan menjadi alasan. Redha Allah, redha Allah, redha Allah. Dengan mengharap redha Allah, segeralah jumpa walinya. Jika perlu berlutut, berlututlah. Jika perlu menangis, menangislah. Sayang Allah adalah suatu perjuangan."


Junior: Isteri saya rupa2nya memang ada niat nak berubah. Dia pun di sudut hati, tidak suka couple2 ni. Lalu, saya dah berpakat dengan isteri saya masa tu. Kami dah jual handphone, laptop saya, dan campurkan semua simpanan kami. Akhirnya dapatlah RM5ribu. Dah ada duit, saya pergi ke rumahnya dan pujuk parents dia sampai dapat. Menangis pun dah. Macam drama dah pun. Akhirnya mereka setuju. Alhamdulillah. 


Senior: Alhamdulillah :)


Junior: Jemput makan-makan bro :)


Senior: Saya datang sini bukan untuk makan, saya datang nak meminang kakak kepada isteri kamu. :)


Junior dan isteri tergamam lalu tersenyum.


Yup, jika kita nak jadi baik dan nak benda baik, insyaAllah Allah mudahkan jalan ke arah itu.